Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Sayang sama rata walau anak angkat

    Saya menjadi anak angkat ketika masih anak damit. Sejak kecil, saya diberi kasih sayang yang tidak terhingga oleh ibu angkat saya. Kami melalui segala-galanya bersama sukar, senang, tawa dan air mata. Dia bukan sekadar ibu, dia adalah segala-galanya bagi saya.

    Seiring saya membesar, saya semakin menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh ibu angkat saya, dan dalam hati, saya yakin, tidak ada yang lebih berharga selain kasih sayang kami berdua.

    Namun, segalanya berubah apabila dia melahirkan anak kandungnya. Saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi, tetapi setelah kelahiran anaknya, saya merasakan bahawa tempat saya di hati ibu angkat semakin tergugat.

    Perlahan-lahan, perhatian ibu ter-alih kepada anak damitnya. Saya yang dulu sentiasa berada di sisinya, mula merasakan kesepian yang luar biasa.

    Perlakuannya tidak lagi sama, dan kadang-kadang saya terasa seperti berada di luar lingkaran keluarga kecil kami.

    Gambar Freepik

    Setiap kali saya cuba berbicara tentang perasaan saya, ibu hanya memberi jawapan yang samar. “Kamu besar sekarang, kamu faham sendiri,” katanya. Tetapi, saya tidak dapat memadamkan rasa hati ini. Saya bukan lagi anak kecil yang boleh disuruh mengerti segala perkara tanpa penjelasan. Saya seorang anak yang juga ingin dicintai, dihargai dan diutamakan, sama seperti anak kandung ibu yang kini mendapat segala perhatian.

    Saya buntu. Rasa ini semakin mendalam. Adakah saya hanya akan menjadi bayang-bayang dalam keluarga ini, seorang anak angkat yang terlupakan setelah hadirnya darah daging sendiri?

    Saya rindu saat-saat dahulu, ketika saya tidak dipandang sebelah mata. Kini, saya terperangkap dalam dilema, antara rasa cinta yang masih ada dan kekecewaan yang semakin menebal.

    Yani

    NASIHAT DANG MP – 

    Terima kasih Yani kerana berkongsi perasaan dengan pembaca Media Permata. Apa yang awda alami bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kasih sayang dan kedudukan dalam keluarga.

    Rasa terpinggir setelah sekian lama menerima kasih sayang yang tulus sememangnya menyakitkan, terutamanya setelah awda telah memberikan sepenuh jiwa dan cinta kepada ibu angkatmu yang telah membesarkan awda sejak kecil seperti anaknya sendiri.

    Perubahan layanan setelah kehadiran anak kandungnya bukan bermakna kasih terhadap awda hilang begitu sahaja, tetapi mungkin secara tidak sedar, perhatian dan tenaganya tertumpu kepada anak damit yang masih memerlukan banyak perhatian.

    Namun, ini tidak seharusnya menjadi alasan untuk membuat awda merasa tersisih. Awda juga adalah anaknya, dan keperluan emosi awda adalah tidak kurang pentingnya.

    Pilihlah waktu yang tenang untuk berbicara dengannya untuk meluahkan rasa. Kadang-kadang, ibu juga perlukan masa untuk sedar bahawa anak yang sudah besar pun masih perlukan pelukan dan kata sayang.

    Yani, kamu layak untuk disayangi tanpa syarat, sama seperti anak kandungnya. Jangan padamkan rasa itu hanya kerana status ‘anak angkat’.

    Awda tetap berhak bahagia dan dihargai dan pada masa yang sama awda haruslah memahami akan tanggungjawab baharu ibu awda terhadap anak kandungnya yang masih kecil itu.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Cadangan lampu trafik di Pusing Keliling Pengiran Babu Raja

    Baru-baru ini, saya melalui Pusing Keliling Pengiran Babu Raja...

    Meja makan kosong, hati penuh sepi

    Kadang-kadang saya tertanya, bagaimana rasanya hidup dalam keluarga yang...

    Tidak sempat hargai kasih nenek

    Assalamualaikum, saya nak cerita sedikit tentang rasa penyesalan yang...

    ‘BFF’ jadi madu

    Aku tak pernah sangka, orang yang paling aku percaya,...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...