Tuesday, March 4, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sayap, tongkeng ayam dirampas, dua ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Sebanyak 20 kilogram (kg) sayap ayam dan 36kg tongkeng ayam berjaya dirampas dan dua orang lelaki turut ditahan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) Balai Polis Bangar, semasa operasi tinjauan di Daerah Temburong.

              Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, semasa operasi yang dijalankan kira-kira jam 9 malam itu, anggota PPDB telah menjumpai sebuah kereta yang mencurigakan, dipercayai membawa barang tegahan.

              Setelah pemeriksaan dijalankan, kereta itu didapati mengandungi banyak bungkusan plastik berisi barang tegahan, turut dijumpai adalah alat untuk memakan dadah. Pemandu dan seorang penumpang yang terdiri daripada warga tempatan dan warganegara jiran telah dibawa ke Balai Polis Bangar untuk siasatan lanjut.

              Kesemua barang-barang tegahan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk tindakan selanjutnya.

              PPDB komited memastikan keselamatan masyarakat dan membanteras jenayah. Kejayaan operasi ini mencerminkan kepekaan serta ketegasan PPDB dalam menangani penyeludupan. Orang ramai digesa untuk tidak terlibat dalam jenayah serta melaporkan aktiviti mencurigakan. Kerjasama awda penting bagi mengekalkan keamanan.

    Atas & bawah:  Sayap dan tongkeng ayam yang berjaya dirampas semasa operasi tersebut. – GAMBAR SERAHAN PPDB

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda