Sayur-sayuran merupakan umpan alami yang terbaik untuk menangkap ikan-ikan liar yang hidup di sungai sama ada dari jenis ikan herbivor dan omnivor sangat menyukai beberapa jenis sayur dan rumput. Di antara jenis-jenis ikan yang menyukai makanan itu ialah ikan lampam Jawa, seluang, talapia dan kap. Sayur-sayuran untuk dijadikan umpan boleh diolah terlebih dahulu menjadi esen cecair, atau juga boleh dipakai langsung ketika masih segar.
Cara menggunakan daun sawi sebagai umpan memancing
Daun sawi yang hendak dijadikan umpan terdapat tiga jenis, iaitu sawi putih yang memiliki batang yang pendek, tegap dan daunnya lebar berwarna hijau tua, tangkai daun panjang dan bersayap melengkung ke bawah.
Jenis kedua pula, sawi hijau, yang memiliki ciri-ciri batang pendek, daun berwarna hijau keputih-putihan, serta rasanya agak pahit.
Yang jenis ketiga adalah sawi huma yang memiliki ciri batang kecil, panjang dan langsing, memiliki daunnya yang panjang dan sempit berwarna hijau keputih-putihan, serta tangkai daunnya panjang dan bersayap.
Cara merangkai mata kail
Besar dan kecilnya ukuran mata kail disesuaikan dengan ikan yang dimahukan, untuk ikan lampam Jawa menggunakan mata kail nombor 1.0-3.0, manakala bagi ikan talapia menggunakan mata kail 3.0-5.0 dan ikan kap menggunakan mata kail 4.0-8.0. Memakai rangkaian ikatan dengan jumlah mata kail yang disesuaikan lebar daun dan besar-kecilnya mata kail.

Memilih lembar daun yang bagus
Daun sawi yang dipilih haruslah bersih dan halus tidak koyak terutama di hujung daun. Pilihlah daun sawi yang mempunyai batang yang besar dan kuat, tidak mudah koyak. Ikan-ikan kecil lebih menyukai daun sawi yang muda berbanding dengan ikan-ikan besar lebih menyukai daun yang tua dan hijau.
Cara memancing menggunakan sayur sawi
Pasang mata kail di hujung daun dengan hati-hati dan jangan sampai koyak, sembunyikan senar yang mengikat mata kail di lipatan daun, supaya ikan tidak boleh melihatnya.
Sepit hujung daun dengan timbal pemberat jenis lipat, atau ikat dengan tali plastik dan pastikan ikatan serta sepitan kuat sehingga tidak mudah kendur.
Jikalau menggunakan teknik dasaran, ikat hujung rangkaian ikatan ke senar utama 0.16-0.22 dilengkapi dengan timbal pemberat, memakai joran dengan penggulung senar atau spinning, dan lemparkan ke spot atau sarang ikan. Bagi menggunakan teknik pelampung, ikat hujung rangkaian ke senar utama 0.14-0.16 di lengkapi dengan pelampung dan letakan di sarang ikan.
Memancing dengan menggunakan umpan sayur-sayuran, sangat baik menjelang musim kemarau, ketika air sungai mulai jernih. – Agensi