Sayur tauge banyak khasiat

SIAPA suka makan sayur tauge? Sama ada dimasak goreng ala Teepayaki, dibuat masak putih atau ala stew Korea, goreng biasa dan pelbagai lagi.

Tapi malangnya sayur ini kurang digemari kebanyakan individu tanpa mengira jantina dan usia.

Ada mengatakan rasanya yang tidak enak, ada pula cakap tauge tidak elok dimakan, padahal yang tidak elok apabila dihasilkan secara kimia menjadikan tidak lagi asli.

Sayur tauge mempunyai pelbagai khasiat yang ramai tidak tahu, antaranya ialah:

1. Tauge mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding kandungan protein dalam daging ayam dan lembu.

2. Taugeh mengandungi zat di dalamnya yang mampu melumpuhkan punca awal kanser, penyakit usus besar, sakit pankreas dan leukimia.

3. Estrogen dalam tauge dapat membantu mencegah osteoporosis (penyakit kerapuhan tulang).

4. Wanita yang kerap makan taugeh juga mampu mengurangkan risiko kanser payudara, gangguan mentruasi, simptom pra-menopaus dan gangguan akibat menopaus.

5. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi digalakkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka kerana ia membantu menyisihkan lemak-lemak yang tidak baik dalam badan.

6. Makan tauge ialah satu amalan awet muda kerana kaya dengan antioksidan.

7. Tauge mengandungi 100 kali ganda enzim. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.

Jadi sesiapa yang tak makan tauge memang sangat rugi! – Agensi