Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    SBPAC tubuh pusat sokongan wilayah hadapi musim banjir di Thailand

    YALA, 19 NOV – Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) telah menubuhkan Pusat Sokongan Wilayah di lima wilayah selatan Thailand sebagai persiapan menghadapi bencana banjir.

    Setiausaha Agungnya, Piyasiri Wattanavarangkul berkata, SBPAC bersama 78 unit kerajaan tempatan, termasuk penjawat awam, polis, tentera serta badan bukan kerajaan (NGO) sedang membuat persiapan bagi membantu mangsa sekiranya berlaku banjir.

    Beliau berkata, lima wilayah yang dikenal pasti berisiko dilanda banjir ialah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun.

    “Persiapan tersebut adalah selaras dengan arahan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul yang mahukan semua pihak sentiasa bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya banjir kilat pada bila-bila masa, khususnya di kawasan berisiko tinggi,” katanya kepada pemberita, hari ini.

    Menurut beliau, Pusat Sokongan Wilayah yang ditubuhkan itu akan dipengerusikan oleh SBPAC dengan Komander Tentera Bahagian ke-4 sebagai penasihat, manakala para gabenor wilayah berkenaan akan bertindak sebagai timbalan pengerusi.

    Baru-baru ini, Jabatan Meteorologi Thailand turut mengeluarkan amaran mengenai hujan lebat yang dijangka melanda wilayah selatan serta angin kencang di Teluk Thailand dari 17 hingga 23 November tahun ini. – Bernama

    SBPAC menubuhkan Pusat Sokongan Wilayah di lima wilayah selatan Thailand sebagai persiapan menghadapi bencana banjir. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda