Friday, April 18, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    SCA agih 350 bubur lambuk

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bulan suci ini, Straits Central Agencies (SCA) juga tidak ketinggalan mengedarkan kira-kira 350 bungkus bubur lambuk, yang merupakan antara juadah yang popular untuk berbuka puasa kepada orang ramai di hadapan Pejabat SCA, kelmarin.

    Pengurus Besar SCA, Dayang Nur Khadijah Abdullah berkongsi bahawa ia benar-benar satu rahmat untuk melihat orang ramai menyambut dan menerima sedekah dengan baik.

    “Kami memutuskan untuk melakukan aktiviti ini pada tahun ini sempena bulan puasa bagi mendapatkan keberkatan daripada Allah SWT dan Alhamdulillah, kami menerima kenderaan-kenderaan yang berhenti seketika untuk mengambil bubur lambuk daripada kakitangan kami yang ditempatkan di tempat pandu lalu di hadapan pejabat kami.

    “SCA berharap dapat melakukan aktiviti amal yang sama pada Ramadan akan datang depan. Insya Allah,” ujar beliau.

    Dayang Nur Khadijah Abdullah bergambar ramai bersama bubur lambuk yang diagihkan kepada orang ramai. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda