BUENOS AIRES, 31 JULAI – Lionel Scaloni (gambar bawah) melanjutkan kontrak bersama Argentina dalam persediaan sehingga berakhir tempoh kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar, umum Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), pagi tadi.
Jurulatih berumur 41 tahun itu sebelum ini dilantik sebagai jurulatih sementara pasukan itu pada Ogos lalu, hanya dua minggu selepas Jorge Sampaoli dipecat susulan penyingkiran Argentina pada peringkat 16 terakhir pada Piala Dunia 2018 di Russia.
Kontrak Scaloni tamat November lalu disambung hingga Disember hujung tahun ini. Lanjutan kontrak itu susulan kejayaan Scaloni menamatkan saingan Copa America di Brazil di tempat ketiga dan kini dia diberi peluang untuk melayakkan diri pada Piala Dunia 2022. – AFP