Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Scammer suka guna wajah Zara Zya promosi perniagaan

    Pelakon Zara Zya sekali lagi menjadi mangsa apabila gambarnya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian.

    Tidak mengenali pihak terbabit, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, meluahkan rasa pelik apabila perkara sama sering berulang.

    “Peninglah saya jadinya. Asyik ada sahaja yang guna muka untuk scam orang lain. Saya tidak kenal orang itu dan saya tahu pun apabila ada peminat yang maklumkan. Memang terkejut sebab ada lagi kes begini,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Zara sebelum itu berkongsi tentang perkara berkenaan di Instastory miliknya pada Khamis berserta tangkap layar sebuah akaun Facebook yang menggunakan wajahnya.

    Akaun berkenaan mempromosikan perniagaan atas talian dan menggunakan wajah Zara sebagai testimoni bagi meyakinkan orang ramai.

    Menurut Zara, dia berasa bimbang melihat keadaan ini terus berlaku kerana semakin ramai  yang akan menjadi mangsa dan ditipu.

    “Dalam ruangan komen, semua berminat dan percaya dengan apa yang ditawarkan,” ujarnya.

    Zara bagaimanapun tidak terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang.

    Namun meminta orang ramai supaya bertindak menyekat akaun berkenaan daripada terus melakukan penipuan di media sosial.

    “Saya mohon anda semua report dan block akaun ini supaya tiada mangsa yang terpedaya. Berani guna wajah saya,” tegasnya.

    Sebelum ini Zara juga pernah meluahkan perkara sama apabila seorang individu menggunakan wajahnya untuk mendapatkan wang secara mudah. – Agensi

    Wajah Zara sekali lagi disalahguna. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda