Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Scarlett Johansson bakal bintangi filem Jurassic World

    Pelakon Avengers, Scarlett Johansson dikhabarkan bakal membintangi filem Jurassic World yang akan ditayangkan pada tahun 2025.

    Ketika khabar angin bertiup kencang dalam kalangan peminat filem, pihak Universal Pictures serta wakil Scarlett bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi berkenaan.

    Dalam perkembangan lain, portal Hollywood Reporter melaporkan Gareth Edwards akan mengarahkan filem itu dibantu oleh Park David Koepp.

    Bagaimanapun, pihak produksi dikatakan sedang menyusun semula watak-watak bagi filem tersebut.

    Scarlett sebelum ini membawakan watak Black Widow dalam beberapa filem Marvel Studios, termasuk siri Avengers.

    Sebelum ini Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard, membintangi bagi trilogi Jurassic World Fallen Kingdom (2018) dan Dominion (2022). – Agensi

    Scarlett masih memilih untuk mendiamkan diri mengenai peranannya. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda