Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    SCB pupuk amalan kewangan bijak

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Bank Standard Chartered (SCB) telah melancarkan Program Junior Achievement (JA) Economics for Success melibatkan lebih 60 orang pelajar dari Sekolah Menengah (SM) Sayyidina Abu Bakar dan SM Katok, awal minggu ini.

    Program JA selama tiga hari itu diadakan untuk membantu para pelajar memilih kerjaya, mengurus simpanan, perbelanjaan dan banyak lagi melalui pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik.

    Ketua Hal Ehwal Korporat, Jenama dan Pemasaran SCB, Marilyn Graeme berkata, “Sebagai sebuah institusi kewangan, SCB komited memacu perdagangan dan kemakmuran masyarakat dengan memanfaatkan kemahiran teras kami untuk memberikan khidmat nasihat kewangan dan memperluaskannya kepada pendidikan kewangan.

    “Pengetahuan akan membantu belia kita membuat keputusan kewangan yang lebih bijak serta membolehkan mereka berani membincangkan masalah kewangan di rumah,” tambahnya.

    Pengarah Urusan JA Brunei Brunei, Louis Tan berkata, “Ini merupakan tahun ketiga SCB menawarkan diri untuk program ini. Ia merupakan sumbangan hebat apabila para pelajar menunjukkan maklum balas positif menerusi interaksi mereka.

    “Mudah-mudahan ini akan memberikan mereka kesedaran betapa pentingnya kemahiran dan melengkapkan diri dengan pengetahuan yang berguna,” tambahnya.

    Program JA yang ditubuhkan di Brunei pada September 2012 dan disokong Kementerian Pendidikan melibatkan kerjasama dengan beberapa buah sekolah di Daerah Brunei dan Muara.

    Gambar ramai pelajar dan warga salah sebuah sekolah yang menyertai program tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda