Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    SCB umum pemenang bertuah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Bank Standard Chartered (SCB) telah mengumumkan pemenang-pemenang promosi Cabutan Bertuah Progresif bagi November dan Disember 2017 dengan penyampaian hadiah diadakan hari ini di Ibu Pejabat Progresif, Gadong.

    Pada majlis yang diadakan bersama Progresif itu, pemenang pertama bagi cabutan bertuah November, Goh Kui Hung menerima Huawei Y7 Prime yang disampaikan oleh Pengurus Segmen Progresif, Abby Chu, manakala itu, pemenang pertama bagi cabutan Disember, Liau Fui Hsien memenangi Oppo A77 yang disampaikan oleh Ketua Produk dan Segmen Runcit Standard Chartered, Wong Li Li.

    Manakala itu, 20 orang pelanggan bertuah lain juga membawa pulang hadiah sagu hati berupa potongan $30 daripada bil seterusnya bagi pelanggan pasca bayar atau kredit $30 bagi pelanggan prabayar bergantung kepada langganan mereka.

    Wong Li Li dipetik sebagai berkata, “Perkongsian dengan Progresif ini telah memberikan pengalaman yang mendatangkan kepuasan bagi pelanggan-pelanggan kami dan di Standard Chartered, kami percaya dalam menambah nilai bagi pelanggan-pelanggan kami menerusi promosi-promosi seperti ini.

    Barisan pemenang Cabutan Bertuah Progresif bergambar ramai bersama wakil Progresif dan SCB.
    Wong Li Li ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Disember 2017.

    Tahniah kepada pemenang-pemenang bertuah bagi promosi ini.”

    Menurut kenyataan SCB, promosi berkenaan akan berjalan hingga 31 Januari dengan majlis penyampaian cabutan terakhir akan diadakan pada bulan depan.

    Peluang-peluang cabutan bertuah dan mata ganjaran berganda akan diberikan bagi transaksi layak yang dibuat dalam tujuh hari terakhir Januari 2018. Seramai 11 orang pemenang akan dipilih secara elektronik pada bulan berikutnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda