Oleh Nurdiyanah R. –
TAWAU, 17 JUN – Sarawak Chinese Football Team (SCFT) telah berjaya menyandang sebagai naib juara dalam perlawanan bola sepak anjuran AD Chinese Veteran Cup di Tawau, Sabah, baru-baru ini.
Menyertai pasukan tersebut ialah seorang penduduk tempatan, Liong Hong Ping berusia 43 tahun. Dalam perkongsian kepada Media Permata, Liong telah menyertai pasukan bola sepak berkenaan selaku pemain import sejak 4 Jun 2024. Antara kejayaan yang pernah beliau raih bersama pasukannya sekitar tahun lepas ialah pemenang di tempat kedua dalam Dragon Cup Kuala Lumpur; tempat ketiga dalam 2nd AD Asia Cup 2024; tempat ketiga dalam KBCK Malaysia Day Cup 2024 di Johor dan tempat kedua dalam 3rd AD Asia Cup 2024.
Sehubungan itu, beliau turut menaruh harapan untuk terus berusaha memperoleh pengalaman sebanyak mungkin bersama rakan-rakan seperjuangan demi meningkatkan prestasi sukan bola sepak dari semasa ke semasa. Selain itu, beliau juga gembira berpeluang bermain bersama Wong Sai Kong iaitu salah seorang bekas pemain Malaysia dan Ramesh Lai yang merupakan pernah menjadi pemain Kuching City.
