Friday, August 12, 2022
32 C
Brunei

Scha Alyahya buat ‘check list’ urus anak

-

Bakal menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di luar Kuala Lumpur selama 45 hari, pelakon Scha Alyahya akui bukan mudah untuknya berjauhan dengan anak-anak dan suami.

Ujar Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 39, biarpun Awal Ashaari memberi keizinan namun dia tetap bimbang membiarkan suaminya menguruskan dua orang anak mereka, Lara Alana (8) dan Lyla Amina yang baru berusia 11 bulan.

“Berat rasa hati, tidak dinafikan hati saya sangat berat nak tinggalkan anak-anak yang masih kecil. Kadang-kadang terfikir, betul ke apa yang saya buat ini.

“Watak itu dah berat, tambah pula lokasi penggambaran jauh dari KL dan lama. Jarang saya buat benda ini. Bagi saya, ia satu pengorbanan.

“Saya dah cakap dekat Awal dan dia sangat memahami sehingga saya menangis. Sebab dah lama tak buat, jadi rasa lain. Awal ada juga rasa bimbang nak uruskan anak.

Scha berat hati untuk tinggalkan suami dan dua anak. – Agensi

“Sebab bab urusan anak nak ke sekolah memang saya yang sediakan. Awal tak tahu sistem sekolah tapi saya beritahu dia macam mana nak buat,” katanya.

Scha ditemui ketika majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu berjudul Telaga Suriram di The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Selain Scha, filem arahan pengarah Osman Ali itu turut diterajui oleh Nabila Huda, Maya Karin dan Farid Kamil.

Dalam pada itu, pelakon filem Bikin Filem ini mengakui bergandingan dengan barisan yang hebat memberikan cabaran buatnya.

Bukan sahaja akan diajar oleh pelakon Ellie Surianty dan mendapat nasihat Vanida Imran, Scha juga menyertai kelas lakonan kendalian Dr Norzizi Zulkifli. – Agensi

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -