Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Scha pantau diet anak musim Raya

    KUALA LUMPUR – Kecenderungan mengamalkan pola pemakanan sihat ketika hamil akhirnya ‘menurun’ kepada anak pelakon, Scha Alyahya.

    Akui Scha, 34, tabiat suka memakan sayur-sayuran diwarisi permata hatinya, Lara Alana, yang kini berusia dua tahun.

    “Ramai yang sering bertanya melalui kolum komen di media sosial, bagaimana saya menerapkan pengambilan sayur-sayuran kepada Lara.

    “Sejak mengandung, saya gemar makan salad, tak sangka pula Lara suka makan sayur-sayuran terutamanya brokoli,” katanya.

    Terus menjaga diet Lara terutama pada sambutan Aidilfitri dengan undangan rumah terbuka di sana sini, Scha perlahan-lahan memperkenalkan makanan baru buat puteri kesayangannya itu.

    Awal Ashaari (tengah) bersama isterinya, Scha Al Yahya (kanan) dan anak mereka, Lara Alana.
    Awal Ashaari (tengah) bersama isterinya, Scha Al Yahya (kanan) dan anak mereka, Lara Alana.

    “Alhamdulillah, Lara berselera makan dan gemar meminum susu. Itulah yang membuatkan badannya semakin semangat. Seperti kanak-kanak lain, Lara seharusnya secara perlahan-lahan diperkenalkan dengan makanan baru. Tidak boleh memaksanya begitu saja kerana dia tidak akan makan,” katanya.

    Scha menambah, Lara kini sudah mencapai berat badan 18 kilogram. Sebelum ini, Scha dan suaminya, Awal Ashaari dikenali diketahui tegas dalam mendisiplinkan anak sulung mereka itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda