Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Scha tolak secara baik jemputan jenama berkaitan Israel

    Lantang memberikan sokongan terhadap negara Palestin, pelakon dan model Scha Alyahya tidak bimbang jika hubungannya dengan jenama-jenama besar antarabangsa terjejas.

    Tegas mengenai isu ini, Scha, 40, berkata dia juga tidak teragak-agak menolak secara baik sekiranya ada jemputan daripada jenama yang mempunyai kaitan dengan Israel.

    Malah, dia kini sedang menyusun semula jadual hantaran di media sosialnya bagi menghormati isu Palestin ini.

    “Percayalah, Allah bagi rezeki dekat kita.

    “Ada jenama jemput pergi majlis, saya tolak dengan baik. Mereka (jenama) bukannya tidak sensitif tapi mereka ada kalendar (jadual) dan itu benda yang mereka kena ikut.

    “Tapi kita sebagai talent, ada pilihan. Saya akan cakap saya kurang selesa dengan apa yang terjadi sekarang, saya rasa kita perlu tunda tarikh yang baharu. Komunikasi itu yang penting.

    “Kita kena bijak sikit daripada hanya ikut arahan,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Scha berkata dia memilih untuk tidak mengutuk kekejaman yang dilakukan terhadap bumi Palestin dengan cara kasar di media sosial. – Agensi

    Scha turut memilih untuk tidak mengutuk Israel secara kasar. – says.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda