Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Scheffler dinobat juara utama Masters

    AUGUSTA, AMERIKA SYARIKAT, 11 APRIL – Scottie Scheffler yang berada di kedudukan teratas merangkul kejuaraan utama pertamanya kelmarin dengan memenangi Masters dalam menguasai perlawanan dengan hebat, untuk merebut Jaket Hijau selepas Tiger Woods melengkapkan kemunculannya semula daripada kecederaan kaki yang teruk.

    Scheffler melakukan pusingan akhir dengan satu-bawah-par 71 untuk menamatkan 72 lubang dengan 10-bawah-par 278 dan menewaskan pemenang utama empat kali, Rory Mcllroy dengan tiga pukulan bersama pemain Australia, Cameron Smith dan pemain Ireland, Shane Lowry yang berkongsi tempat ketiga dengan pemarkahan 283.

    Sementara itu, Scheffler yang hanya memenangi gelaran PGA pertamanya pada Februari laku, melakukan birdie cip-in yang menakjubkan dari 87 kaki di par-empat ketiga untuk menumpulkan serangan awal oleh Smith, iaitu pemenang Kejohanan Pemain pada bulan lalu.

    Dia juga melakukan pukulan birdie ke-14 dan melakukan pukulan birdie setinggi 14 kaki pada par-lima ke-15 untuk memberi isyarat bahawa tidak akan ada kesilapan yang memberikan peluang kepada Mcllroy, yang mengejar kemenangan Augusta Nasional untuk melengkapkan karier Grand Slam.

    Scheffler mengharungi pukulan berganda yang menyakitkan di lubang ke-18, memerlukan tiga pukulan dari dalam lima kaki sebelum akhirnya memasukkan pukulan tersebut untuk memastikan meraih kejayaan besarnya.

    Pemain Amerika berusia 25 tahun itu menerima hadiah utama berjumlah AS$2.7 juta daripada AS$15 juta dan menyertai juara Masters 1991, Ian Woosnam sebagai satu-satunya pemain yang memenangi kejohanan utama dalam acara sulung mereka sebagai pemain nombor satu dunia.

    Scheffler hanyalah pemain kelima yang memenangi Masters semasa berada di kedudukan teratas, menyertai Wales Woosnam dan pemain Amerika, Fred Couples, Dustin Johnson dan Woods, yang perlawanan kembalinya menarik perhatian sepanjang minggu berkenaan. – AFP

    Reaksi Scottie Scheffler menerima anugerah Jaket Hijau oleh juara Masters 2021, Hideki Matsuyama semasa majlis penyerahan Jaket Hijau selepas memenangi kejohanan tersebut, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda