Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Scheffler kekal penguasaan

    LOS ANGELES, 31 MAC – Pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler semakin hampir menjulang gelaran Jelajah PGA AS dengan kelebihan lima lubang di depan dan berpeluang memenangi Terbuka Houston itu.
     
    Scheffler dijangka terus menguasai aksi pada hari terakhir meskipun cuba dicabar pesaing terdekat, David Skinns dan Stephan Jaeger.
     
    Selepas aksi itu, Scheffler akui dia gembira dengan prestasinya dan berharap rentak sama dikekalkan untuk saingan seterusnya.
     
    “Hari ini saya beraksi lebih baik daripada sebelum ini dan kesemuanya berjalan lancar mengikut perancangan,” kata Scheffler. “Malah, saya rasa keputusan diraih hari ini cukup baik dan sempurna. Setiap pukulan saya menemui sasaran yang saya cari.
     
    “Secara keseluruhan bagus untuk menamatkan dengan dua birdie  itu. Mendapat pukulan yang sangat bagus di lubang ke-16, pukulan yang baik di lubang 17 dan ya, saya rasa seperti saya melakukan banyak perkara dengan baik hari ini,” katanya.
     
    Ujarnya lagi, walaupun permainan sedikit terganggu ekoran bolanya masuk ke dalam tasik, namun Scheffler berjaya bangkit untuk mengejar pesaing lain.
     
    “Saya melakukan pukulan yang baik namun bola bergolek masuk ke dalam air. Ada kala situasi itu berlaku, ia adalah sebahagian daripada permainan.
     
    “Saya tidak menjangka ia berada di dalam air…tetapi saya bangga dengan bagaimana saya bangkit semula dari sana”. – AFP
     
    Scheffler beraksi semasa pusingan ketiga Terbuka Houston. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda