Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Scheffler ungguli Kejohanan BMW

    OWINGS MILLS, 18 OGOS – Statistik kemenangan yang dicatat Scottie Scheffler mula dibandingkan dengan Tiger Woods. Pemain nombor satu dunia itu menunjukkan momen ala Woods dengan trofi di tangannya, kelmarin dalam Kejohanan BMW.

    Bintang Amerika Syarikat itu menamatkan saingan dengan catatan 15 bawah par 265 selepas melakukan 67 pukulan, dua pukulan mengatasi pencabar terdekat dari Scotland, Robert MacIntyre.

    Kemenangan itu menyaksikan Scheffler, juara Terbuka Britain dan Kejuaraan PGA musim ini, muncul pemain pertama sejak Tiger Woods yang meraih sekurang-kurangnya lima gelaran dalam dua musim berturut-turut.

    Ia mengimbau kembali aksi ajaib Woods yang menonjolkan kemahiran luar biasa, seperti chip-in dari belakang green ke-16 di Memorial atau chip-in untuk eagle dalam Piala Dunia di Jepun.

    Juara Nasters dua kali itu juga muncul pilihan utama untuk mempertahankan gelaran Piala FedEx, dengan aksi penentuan berlangsung di Kejohanan Tor di Atlanta minggu depan.

    Scottie Scheffler memegang trofi selepas menjuarai Kejohanan BMW pada 17 Ogos, di Owings Mills, Maryland. – AP

    Scheffler hampir kehilangan kelebihan satu pukulan apabila bolanya tersasar ke kawasan rough di lubang ke17, namun berjaya bangkit dengan pukulan lambung sempurna yang terus masuk ke lubang untuk birdie dramatik sekali gus mengembalikan kelebihan dua pukulan.

    “Setiap kali berjaya melakukan chip in sebegitu memang cukup indah. Dari saat ia mendarat saya tahu ada peluang, dan akhirnya masuk dengan cantik,” kata Scheffler. Bagi MacIntyre pula, harapan memburu kemenangan musnah apabila melakukan double bogey di dua lubang awal dan tiga bogey dalam lima lubang pertama.

    “Saya bermula dengan amat teruk, memang sukar untuk bangkit semula,” katanya.

    Scheffler yang kini mencatat 17 pusingan berturut-turut bawah par mengakui konsistensinya banyak bergantung pada intensiti setiap kali turun beraksi.

    “Saya cuba untuk tidak mengambil mudah setiap pukulan. Ia memenatkan tetapi saya terus berjuang,” katanya.

    MacIntyre terpaksa akur dengan tempat kedua, sama seperti yang berlaku di Oakmont apabila J.J. Spaun memasukkan birdie 65 kaki untuk menjuarai Terbuka AS. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini