Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Schneider Electric lantik Concepts Computer

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Schneider Electric, sebuah syarikat pakar global dalam bidang pengurusan tenaga dan automasi, melancarkan pusat servis yang dibenarkan dan melantik Concepts Computer sebagai pusat servis yang dibenarkan di Negara Brunei Darussalam.

    Pusat servis yang dibenarkan bagi Schneider Electric berkenaan memberikan perkhidmatan unik dan tersendiri khusus untuk rakan kongsi Schneider bagi mendekati lagi pelanggan-pelanggan mereka serta memberikan perkhidmatan lebih baik kepada mereka.

    Concepts Computer dilantik sebagai pusat servis yang dibenarkan bagi APC untuk produk Single Phase Back-Up UPS Schneider Electric. Bagi memeterai pelantikan itu, majlis penandatanganan memorandum persefahaman telah diadakan di antara Schnider Electric dan Concepts Computer di Kiulap, hari ini.

    Di majlis berkenaan, menandatangani bagi pihak Schneider Electric ialah Presiden bagi Zon Asia Timur dan Jepun, Tommy Leong dengan disaksikan oleh Presiden Wilayah Operasi Global, Pow Leong Soo dan bagi pihak Concepts Computer ialah Pengurus Besarnya, Vincent Pao dengan disaksikan oleh Ketua Bantuan Teknikal, Joseph Roy Seguna.

    Menurut pihak Concepts Computer, pelantikannya sebagai pusat servis yang dibenarkan bagi APC oleh Schneider Electric merupakan satu langkah yang bertepatan dalam usaha untuk membawa lebih banyak penyelesaian IT lebih baik kepada pelanggan-pelanggan IT Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda