SINGAPURA, 1 MAC – Juara Olimpik pertama Singapura, Joseph Schooling, yang menewaskan Michael Phelps pada 100m gaya kupu-kupu pada 2016, hari ini berkata dia tidak akan menyertai Sukan Asia Tenggara akan datang di Phnom Penh.
“Selepas pertimbangan yang teliti bersama pasukan, saya memutuskan untuk menarik diri daripada Sukan SEA. Ini bukan keputusan yang mudah, tetapi saya kini tidak berada pada tahap untuk beraksi,” katanya dalam satu kenyataan.
Perenang berusia 27 tahun itu berkata dia telah memutuskan untuk memberikan tempatnya kepada rakan sepasukannya ‘sementara dia memberikan sokongan dari rumah dan memberi tumpuan kepada tugas Tentera Laut’.
Schooling, yang telah menjalankan dua tahun perkhidmatan ketenteraan wajib, terpalit dalam kontroversi dadah tahun lepas. Dia diuji negatif dadah tetapi mengaku mengambil ganja di luar negara.
Schooling diberi amaran dan diletakkan pada rejim ujian air kencing yang diawasi selama enam bulan. – AFP
