SINGAPURA, 6 OGOS – Juara Olimpik pertama dari Singapura, Joseph Schooling tidak akan beraksi di Sukan Asia di Hangzhou bulan depan.
“Walaupun saya tidak akan mengambil bahagian, saya berharap kontinjen berikan yang terbaik di Sukan Asia dan membanggakan Singapura,” kata perenang berusia 28 tahun itu dalam satu kenyataan.
“Status latihan dan pertandingan saya kekal sama. Butiran lanjut mengenai masa depan
saya akan dikongsi dalam masa terdekat.”
Singapore Aquatics memberitahu akhbar The Straits Times bahawa dua perenang mencatat masa lebih cepat daripada Schooling semasa kelayakan untuk temasya itu. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P23-WEB-Harian-Metro-Schooling_07082023.jpg)