Wednesday, September 28, 2022
32.3 C
Brunei

Schroder rancang kembali semula ke Lakers

-

LOS ANGELeS, 18 SEPT – Pemain Jerman Dennis Schroder merancang untuk kembali ke Los Angeles Lakers untuk kempen NBA akan datang, menurut beberapa laporan pada hari Jumaat.

Schroder, yang bermain untuk Lakers pada musim 2020-21, merancang untuk menandatangani perjanjian setahun bernilai sehingga AS$2.64 juta, menurut ESPN, yang melaporkan perjanjian itu bersama The Athletic.

Schroder, yang berusia 29 tahun pada Khamis, telah mencatatkan 21.6 mata purata dan 7.3 assist untuk Jerman dalam kejohanan EuroBasket.

Schroder telah mencapai playoff dalam tujuh daripada sembilan musim NBAnya, kali terakhir pada 2021 apabila Lakers tewas kepada Phoenix pada pusingan pertama.

Dia menolak perjanjian jangka panjang dengan Lakers tahun lalu dan menandatangani perjanjian setahun dengan Boston sebelum dipindah ke Houston Februari lalu.

Schroder mengukuh lagi benteng pertahanan di gelanggang belakang Lakers yang termasuk bintang NBA sembilan kali dan Pemain Paling Berharga NBA 2017 Russell Westbrook. – AFP

Aksi Dennis Schroder semasa pusingan ke enam belas Eurobasket perlawanan bola keranjang menentang Montenegro di Berlin, Jerman, 10 September 2022. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -