CHICAGO, 2 April – Bastian Schweinsteiger (gambar) telah melancarkan kerjayanya dalam Major League Soccer (MLS) dengan satu gol di penampilan pertama, namun tidak berpuas hati selepas Chicago Fire seri 2-2 dengan Montreal Impact.
Bekas pemain tengah Jerman, Bayern Munich dan Manchester United itu menanduk masuk dari jarak dekat selepas 17 minit perlawanan bagi memberikan Chicago pendahuluan 1-0 ke atas Montreal.
Tetapi Chicago terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas Montreal bangkit dengan dua gol sebelum Fire mendapatkan gol penyamaan di masa kecederaan.
“Ia adalah perasaan yang bagus tetapi saya sedikit sedih dan tidak gembira kerana kami gagal memenangi perlawanan,” kata Schweinsteiger selepas perlawanan.
“Kami boleh memperbaikinya. Sebenarnya kami mempunyai beberapa peluang baik. Kami perlu membuat penyudah lebih bagus,” tambahnya.
“Ia tegang,” katanya. “Tetapi ia bukan mudah untuk bercakap mengenai tahap MLS hanya selepas satu perlawanan. Saya lebih fokus pada perlawanan kami. Saya mahu kami meningkatkan permainan, mengawal perlawanan, lebih berkesan dalam memanfaatkan peluang.
“Kami tidak memberikan mereka peluang tetapi mereka telah menjaringkan dua gol. – AFP