Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    SCIB meterai MoU teliti kerjasama projek 4G di Indonesia

    KUALA LUMPUR, 3 OGOS – Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT Semesta Noor Berkarya (SNB) dan PT Envy Manajemen Konsultansi (EMK) untuk meneliti bagi membentuk kerjasama dalam pembinaan menara telekomunikasi 4G untuk wilayah pedalaman Indonesia.

    Katanya projek itu, yang berada di bawah Badan Aksesibilitas Telekomunikasi dan Informasi Indonesia (Bakti), dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan melibatkan pembinaan dan pemasangan menara telekomunikasi 4G di 3,704 kampung.

    Menurut kumpulan itu, di bawah MoU tersebut, SCIB akan menerajui pembentukan kerjasama itu dan membuat persediaan pengurusan korporat.

    SNB, sebuah perusahaan milik negara Indonesia, akan membina dan memasang menara telekomunikasi 4G, termasuk tinjauan tapak dan pemerolehan serta kerja-kerja infrastruktur sokongan lain.

    EMK akan menyediakan perkhidmatan pengurusan projek melalui penyeliaan operasi dan teknikal.

    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman berkata bekerjasama dengan SNB dan EMK dalam projek itu merupakan kelebihan kepada kumpulan berikutan lebih 60 peratus daripada cadangan tapak menara telekomunikasi 4G terletak di Kalimantan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...