PARIS, 13 OKT – Scotland menewaskan Belarus 2-1 di laman sendiri kelmarin untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2026, manakala Belanda semakin hampir mengesahkan tempat mereka dalam kejohanan itu selepas menewaskan Finland.
Pasukan Scotland kendalian Steve Clarke itu kini berkongsi tangga teratas Kumpulan C bersama Denmark, selepas Denmark menewaskan Greece 3-1 dengan Rasmus Hojlund menja-ringkan gol pembukaan untuk pasukan tuan rumah.
Denmark mendahului kumpulan berdasarkan perbezaan jaringan, tetapi kemenangan mereka di Copenhagen memastikan Scotland menempah sekurang-kurangnya satu slot ke playoff ketika mereka berusaha membuat penampilan pertama di Piala Dunia sejak
1998. Kumpulan teratas itu akan bertemu dalam aksi kelayakan terakhir pada 18 November di Glasgow.
Kemenangan Scotland turut dibantu oleh Che Adams yang telah berjaya menjaringkan gol pembukaan buat tuan rumah pada minit ke-15 di Hampden Park, semasa prestasi Scotland yang kurang meyakinkan. – AFP


