GLASGOW – Dikenali sebagai hab pembinaan kapal semenjak empayar British lagi, bandar raya Scotland, Glasgow kini mengorak langkah dalam memulakan pembangunan industri satelit ruang angkasa.
Glasgow merancang untuk mencipta lebih banyak satelit berbanding di beberapa buah bandar raya di Amerika Syarikat, menurut pakar industri angkasawan yang mempunyai pengkhususan dalam satu teknologi kecil ‘CubeSats’ yang mana dapat digunakan untuk apa sahaja daripada ramalan cuaca kepada mengenal pasti kedudukan dunia.
“Scotland terkenal dengan pembinaan kapal-kapal namun pada hari ini, mereka cuba untuk mencipta kapal angkasa,” kata Ketua Pembangunan Perniagaan Satelit, Clyde Spaca, Peter Anderson kepada AFP.
Syarikat tersebut dalam beberapa langkah lagi untuk menyamakan Finnieston Crane, iaitu sejenis mesin kemudahan yang pernah digunakan untuk mengangkat kenderaan dan benda-benda yang berat ke kapal.
Syarikat Clyde Space telah melancarkan satelit Scotland pertama mereka pada tahun 2014 dan dalam masa dua tahun, wilayah ini telah berjaya mencipta enam satelit setiap bulan.


Pengeluaran itu menunjukkan satu peningkatan yang baik khususnya terhadap industri angkasa, di mana pihak berkuasa dan bertanggungjawab berharap dapat memperkembangkan dan meningkatkan lagi industri angkasawan daerah itu dengan perancangan pembinaan dua ‘Spaceports’ di Scotland.
Perancangan Britain untuk perkembangan maju industri tersebut di wilayah itu terus dipertingkatkan namun turut risau jika ia akan diharamkan selepas Brexit menawarkan tawaran untuk beberapa kontrak kepada Kesatuan Eropah dengan nilai 9 bilion pound (10 bilion euro, AS$12 bilion) untuk sistem kedudukan Galileo Global.
Pihak kerajaan UK ingin mendapatkan akses sepenuhnya terhadap Galileo sebagaimana ia memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem, di mana ia akan dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2026 namun pihak EU membuat keputusan untuk memindahkan pengawasan satelit daripada Britain ke Sepanyol untuk mengawas dan melindungi sistem keselamatan.
Perdana Menteri, Theresa May telah menyediakan pasukan petugas yang terdiri daripada pakar kejuruteraan dan angkasawan yang mana diketuai oleh Agensi Angkasawan UK untuk mencipta beberapa pilihan untuk sistem satelit global Britain sekali gus memantau serangan peluru berpandu dan kuasa satnavs, menurut pihak kerajaan negara itu lagi.
Kos lebih tinggi berbanding emas
Di Scotland, sektor ini telah berkembang pesat kepada 70 peratus semenjak tahun 2010 dan meraih sekitar 2.7 bilion pound pada tahun lepas dan telah mengaji sekitar 7,500 pekerja, menurut pemasaran aeroangkasa Scotland.
Clyde Space telah berkongsi pejabat dan bangunan bersama dengan syarikat satelit dari Amerika Syarikat, Spire Global yang mana telah mencipta sekitar 80 buah satelit di Glasgow semenjak tahun 2014.
Ketua kejuruteraan Spire, Joel Spark berkata bahawa syarikat mereka telah mendapat kelebihan dengan pakar-pakar yang berkemahiran tinggi dan telah berjaya mencipta satu teknologi canggih yang berkualiti tinggi, Silicon Glen.

“Silicon Glen merupakan sebuah teknologi yang memerlukan banyak tangan untuk diselesaikan dan dihasilkan, sebuah peranti elektronik yang kecil dan dilengkapi dengan teknologi radio dan ia sangat mirip dengan apa yang kita cuba lakukan sehingga kita dapat memanfaatkan set kemahiran itu,” tambah Joel Spark lagi.
Perkembangan industri angkasawan itu telah memberikan satu inspirasi kepada syarikat-syarikat kecil yang baharu sahaja memulakan langkah pertama mereka seperti AlbaOrbital di mana sedang bersiap sedia untuk melancarkan satelit pertama mereka, Unicorn1.
Satelit itu dihasilkan di pejabat AlbaOrbit di kawasan Selatan Sungai Clyde, dan akan diikat ke dalam satu muatan yang lebih besar dan diterbangkan melalui spring lonjakan seperti ‘Jack in the box’.
“Teknologi ini dianggarkan lebih mahal berbanding emas, walaupun ia berbentuk kecil,” kata Pengurus Awam Alba Orbital, Tom Wakingshaw kepada AFP.
Terlalu banyak benda yang berharga
Harapan tinggi pada satu hari nanti, Scotland akan dapat mempunyai pelancaran roket mereka sendiri. Pihak pentadbiran udang-undang telah berkumpul pada bulan April yang lalu di Utara Uist, sebuah pulau di Scotland di kawasan pantai barat negara itu untuk membincangkan mengenai cadangan untuk membina tapak pelancaran roket itu nanti.
Pakar penyelidikan di Makmal Penyelidikan Edinburgh, Matjaz Vidmar berkata, “Kami menjangka di masa yang akan datang, tapak itu akan dibangunkan di sebuah tempat di kawasan Utara Scotland dan kami rasakan ianya seperti di kawasan Prestwick.”
Tapak pelancaran roket Horizontal ini akan dapat menerbangkan sebuah roket ke ruang udara apatah lagi di sebuah kawasan yang mempunyai altitud yang tinggi. Vidmar turut berkata bahawa pembangunan bangunan satelit di Scotland telah dilihat sebagai sesuatu yang cantik dan membanggakan. “Jika ada menyatukan semua tali-tali kasut dan menyimpulnya, pasti anda akan beroleh tali kasut yang lebih panjang,” tambahnya lagi kepada media. – AFP