Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Scotland henti dana syarikat bekalkan senjata kepada Israel

    EDINBURGH, 4 SEPT – Menteri Pertama, John Swinney mengumumkan kerajaan Scotland akan menghentikan sementara pembiayaan kepada syarikat yang membekalkan senjata kepada Israel, lapor PA Media/dpa.

    Kerajaan itu sebelum ini menerima kritikan kerana terus menyalurkan dana kepada syarikat di Scotland yang menghasilkan komponen senjata untuk Israel.

    Dalam perkembangan berkaitan, Parlimen Scotland meluluskan usul simbolik mengiktiraf negara Palestin dengan 65 undi menyokong, 24 menentang dan 26 berkecuali.

    Berucap kelmarin ketika bendera Palestin dikibarkan di bangunan kerajaan Scotland di Edinburgh, Swinney menggesa kerajaan United Kingdom (UK) mengiktiraf Palestin serta menarik diri daripada perjanjian perdagangan dengan Israel, sambil memberitahu Ahli Parlimen Scotland terdapat ‘kes prima facie’ genosid di Gaza.

    Beliau berkata sebelum ini kerajaan menyediakan geran perniagaan dan sokongan pelaburan kepada syarikat yang terbabit dalam reka bentuk, pengeluaran, pembekalan serta sokongan peralatan dan teknologi ketenteraan.

    “Kami berbuat demikian kerana mempertahankan negara dan benua adalah tanggungjawab kerajaan – sesiapa yang mengikuti perang di Ukraine tentu sedar akan kepentingan pertahanan,” kata beliau.

    Namun, katanya, memandangkan landskap antarabangsa telah berubah, kerajaan Scotland akan menamatkan sokongan untuk pengeluaran senjata.

    “Dalam menghadapi genosid, tiada lagi urusan seperti biasa. Kami akan menghentikan sementara peruntukan dana awam baharu kepada syarikat senjata yang produknya dibekalkan kepada negara dengan bukti kukuh terlibat melakukan genosid – termasuk Israel,” katanya.

    Swinney menjelaskan langkah itu meliputi kerajaan Scotland sendiri, Bank Pelaburan Nasional Scotland dan agensi perusahaan negara.

    Selain itu, kerajaan juga akan membawa 20 kanak-kanak cedera dari Gaza ke Scotland untuk rawatan perubatan, serta memperuntukkan £400,000 bagi pembinaan hospital mudah alih untuk kegunaan di Gaza.

    Berikutan pengumuman itu, agensi pelaksanaan kerajaan Scotland termasuk Scottish Enterprise tidak lagi akan menyokong perdagangan antara Scotland dan Israel.

    “Kita sedang menyaksikan bencana kemanusiaan berskala besar, namun bom terus digugurkan. Dunia tidak boleh hanya menanti keputusan mahkamah sebelum bertindak. Tanda-tanda jelas, amaran telah dibunyikan, bom dan roket mesti dihentikan, serta bantuan kemanusiaan mesti disalurkan, ” katanya. – Bernama/PA Media/dpa

    John Swinney menyampaikan ucapan menyeru Parlimen Scotland mengiktiraf Negara Palestin, di Bangunan Kerajaan Scotland di Edinburgh, Scotland kelmarin. Scotland henti pembiayaan kepada syarikat bekal senjata kepada Israel- Gambar fail AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    Berita Berkaitan

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...