Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Scotland rebut peluang Euro 2020

    LONDON, 9 OKT – Scotland memenangi sepakan penentuan penalti pertama mereka untuk menewaskan Israel dalam perlawanan kelayakan separuh akhir Euro 2020 dan Republik Ireland tewas di tangan Slovakia.

    Ireland Utara akan menjadi tuan rumah menentang Slovakia bulan depan untuk merebut tempat di kejohanan yang ditangguhkan pada musim panas depan setelah mereka menang dalam penentuan sepakan penalti setelah seri 1-1 menentang Bosnia.

    Scotland kini tinggal satu perlawanan sahaja lagi dari kejohanan besar pertama mereka dalam 22 tahun, tetapi terpaksa beraksi sehingga penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan tidak menemukan jaringan dalam 120 minit perlawanan di Hampden.

    Persiapan pasukan tuan rumah dilanda kekacauan apabila tiga pemain utama mereka diketepikan.

    Stuart Armstrong disahkan positif untuk COVID-19, sementara Kieran Tierney dan Ryan Christie terpaksa melakukan pengasingan diri kerana berhubung rapat dengan pemain tengah Southampton itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda