UNITED KINGDOM – Ribut dan angin kencang telah menjadikan Kepulauan Shetland di Atlantik Utara sebagai tapak gergasi untuk tenaga kitar semula di Eropah.
Ia menjana lebih banyak kuasa dari yang diperlukannya. Turbin yang dijana oleh air itu telah disiapkan baru-baru ini dan merupakan satu-satunya projek tenaga semula jadi terkini di nusantara itu yang sebelum ini bergantung kepada industri luar pesisir laut utara.
Penduduk di sana juga turut terlibat dengan memasang turbin angin kecil di taman dan panel suria di atas atap mereka – meskipun cahaya matahari pada musim sejuk hanya menerangi selama enam jam. “Walaupun kami masih belum dapat menampung diri kami 100 peratus menggunakan tenaga semula jadi ini, perjalanan kami masih lagi jauh,” kata Jim Dickson kepada AFP, 69 tahun sambil merujuk kepada penjanaan elektrik di rumahnya. Rumahnya terletak di kampung Brae yang terdedah kepada angin.
Dickson yang tinggal berhampiran dengan terminal minyak Sullom Voe boleh menjana kuasa untuk bangunan dan kereta Nissan Leaf yang menggunakan kuasa elektrik dari turbin di tamannya. Dia juga boleh menjana grid pulau itu jika keadaan di sana membenarkan. “Pendapatan yang saya perolehi dari kerajaan dengan menjana tenaga lebih dari duit yang saya keluarkan untuk membeli dari grid, jadi saya seperti tidak perlu membayar bil elektrik.”
Bekas ketua pelabuhan itu tahu mengenai bahaya bahan api fosil. Ia pernah disimpan menggunakan win ke dalam kapal tangki minyak MV Braer yang hilang kawalan pada tahun 1993 akibat dilanda taufan terburuk di Utara Atlantik dalam usaha untuk menghalangnya dari tertumpah.

Usahanya untuk mengikat tali tunda tidak berjaya dan kapal tersebut telah melanggar batu-batu di Teluk Quendale. Sebanyak 84,700 tan minyak mentah telah tertumpah ke laut. Negara tersebut terkejut dengan kejadian yang mengakibatkan kapal tangki minyak di sana tenggelam.
Manfaat dari laut
Industri minyak di Shetland bermula pada tahun 1970an dengan kemajuan di padang-padang lautan Utara. Padang Brent yang terletak di Timur nusantara itu menjadi lambang industri tersebut. “Brent Crude” seterusnya menjadi garis pandu bagi perdagangan minyak di seluruh dunia.
Syarikat minyak gergasi, Shell telah mengumumkan rancangannya untuk meninggalkan padang tersebut. Namun penemuan baru di barat Shetland boleh memberikan peningkatan yang menggalakkan kepada industri itu. Firma tenaga Perancis, Total telah melaburkan A£3.5 billion (4.1 billion euro atau AS$4.4 billion) untuk tanaman gas baru berhampiran Sullom Voe yang baru dibuka tahun lepas untuk mengeluarkan gas dari padang di barat Shetland, Laggan dan Tormore.


“Penghasilan minyak dan gas dari barat lembangan Shetland sangat, sangat mencabar,” kata pengurus operasi padang, Simon Hare kepada AFP. Hare pada waktu itu berada di atas bukit dengan tanaman-tanaman gas di padang bawah yang luas terbentang, memberikan kontras yang ketara kepada kecantikan alam semula jadi di sana. Tanaman gas itu direka untuk bertahan selama 30 tahun. Namun ahli alam persekitaran mengharap kepada satu lagi aset tenaga dalam air sekitar Shetland.
“Kami sangat bernasib baik di Scotland, dari aspek tenaga air,” kata Patrick Ross Smith, pegawai kemajuan Shetland di Nova Innovation yang telah memasang tiga turbin 100 Kilowatt di Bluemull Sound.
Scotland mempunyai 24 peratus dari keseluruhan tenaga potensi marin Eropah disebabkan oleh kekuatan tenaga airnya. “Kami berasa gembira kerana kami dapat memanfaatkannya di Shetland,” katanya. Namun turbin-turbin itu menjana terlalu banyak kuasa. “Grid di Shetland sekarang di kawal. Ia tidak lagi dapat menerima kuasa kitar semula,” katanya.
Sekitar 10 peratus dari elektrik di kepulauan itu dijana oleh tenaga kitar semula. Penjana angin dan air hanya mempunyai lesen untuk menjana sehingga had itu. Tidak ada kabel yang menyambungkan Shetland dengan tanah besar Britain dan memandangkan tenaga kitar semula tidak dapat disimpan dengan mudah untuk memastikan bekalan yang stabil, turbin-turbin itu perlu ditutup dari masa ke semasa.
Cadangan untuk memberikan kabel yang menyambungkan Shetland dengan tanah besar yang jauhnya 200 batu (322 kilometer) masih belum dipastikan. Bagi Dickson, lebih banyak tenaga kita semula lebih baik. “Kita akan sentiasa memerlukan hidrokarbon untuk menghidupkan enjin jet jumbo, contohnya. Tapi kita tidak sepatutnya menjana elektrik dari hidrokarbon,” katanya. “Itu menyalahi, itu tidak masuk akal”. – AFP