Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Scott Disick, Sofia Richie masih mesra

    Scott Disick, 36, telah bertemu janji dengan Sofia Richie 20, selepas balik bercuti dengan bekas isterinya Kourtney Kardashian, 40 dan anak-anak mereka.

    Pasangan itu membawa anak lelakinya Mason, 9 dan seorang anak perempuan Penelope, 6 untuk makan ais krim di Los Angeles pada 22 Jun dan mereka dilihat sangat gembira dan bersenang-lenang di sebuah tempat yang panas. Scott, Sofia dan yang lain memakai pakaian musim panas.

    Persiaran yang sangat seronok itu berlaku selepas beberapa hari Scott dilihat bersama Kourtney dan anak-anak mereka termasuk anaknya yang paling muda, Reign, 4 tahun di Costa Rica.

    Kim Kardashian, 38, adik kepada Kourtney dan anaknya North West, 6 tahun juga dilihat bersama mereka makan angin pada waktu itu. Sofia tidak kelihatan pada waktu itu yang menyebabkan beberapa spekulasi telah wujud antara dia dan Scott. Walau bagaimanapun, ternyata spekulasi itu salah kerana temujanji mereka untuk makan ais krim telah membuktikan mereka masih bersama. Walaupun Sofia tidak menyertai percutian Scott dengan bekas isterinya baru-baru ini, dia pernah menyertai mereka pada percutian-percutian lepas. Dari percutian ski di Aspen ke percutian di Cabo, anak Lionel Richie telah membuktikan bahawa dia boleh bersama dengan bekas isteri kekasihnya dengan baik. – Agensi

    Scott Disick dan teman wanitanya, Sofia Richie pada minggu pertama musim panas menikmati ais krim bersama anak-anak Scott, Mason dan Penelope di Los Angeles. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda