Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    SCR rai ulang tahun dengan kempen derma darah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – SCR Xpress Citis Square telah menandakan kejayaan operasinya selama tujuh tahun pada 8 September lalu dengan mengadakan kempen derma darah di restoran tersebut, kelmarin.

    Pengurus SCR Xpress Citis Square, Florence Nava, semasa ditemui media menyatakan bahawa sudah menjadi amalan SCR untuk meraikannya dengan mengadakan pelbagai acara berorientasikan pelanggan di sepanjang bulan dan kempen derma darah adalah salah satu acara utama dalam kalendar perayaan mereka.

    Diadakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) melalui Pusat Pendermaan Darah, kempen tersebut diadakan dari pukul 10 pagi hingga 3 petang dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak 45 pain darah.

    Nava menambah bahawa pihak pengurusan sentiasa percaya kepada usaha mendekati orang ramai dengan melibatkan masyarakat dalam acara dan membuatkan setiap penderma darah merasa seperti seorang wira dengan mengambil bahagian dalam matlamat pendermaan darah.

    SCR Xpress memberikan makanan percuma kepada semua penderma sebagai tanda penghargaan dan mereka juga telah mengadakan pertandingan mewarna untuk anak-anak serta inai untuk wanita pada hari berikutnya.

    Cabutan bertuah juga diadakan setiap hari dan merancang untuk mengadakan kempen kitar semula lain untuk plastik, kertas dan tin, perayaan Hari Guru dan hari penghargaan pelanggan pada hari-hari mendatang.

    Salah seorang penderma pada kempen berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda