Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    SCS lancar Dana Signature CIO

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Standard Chartered Securities (SCS) telah melancarkan barisan dana unit trust terbaharunya, Dana Signature CIO.

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Standard Chartered (StanChart), di sini, menyatakan bahawa Dana Signature CIO merupakan barisan empat dana yang direka untuk menyediakan pelabur akses kepada pandangan Ketua Pegawai Pelaburan StanChart melalui sebuah dana berbilang aset yang pelbagai secara global atau dana-dana atau portfolio ETF.

    Empat dana berkenaan memenuhi profil risiko dan pendapatan yang berbeza serta sesuai bagi pelabur-pelabur yang ingin membina sebuah portfolio asas. Klien yang melabur dalam dana-dana berkenaan adalah terdedah kepada sebuah portfolio yang pelbagai yang melabur dalam ekuiti global, bon global, komoditi, alternatif cair dan tunai.

    Dana-dana berkenaan telah dibangunkan dengan kerjasama kepakaran StanChart sebagai penasihat pelaburan dan Pengurusan Aset Amundi.

    Empat dana berkenaan adalah Signature CIO Income Fund, Signature CIO Growth Fund, Signature CIO Balanced Fund dan Signature CIO Conservative Funds.

    Gambar Freepik

    Signature CIO Income Fund bermatlamat untuk menghasilkan pertumbuhan sederhana dari semasa ke semasa dengan penempatan seimbang antara ekuiti dan pendapatan tetap untuk menghasilkan pendapatan tetap.

    Signature CIO Growth Fund bermatlamat untuk menghasilkan pertumbuhan yang lebih tinggi dari semasa ke semasa dengan penempatan lebih tinggi kepada ekuiti yang menawarkan potensi pertumbuhan jangka panjang bagi pelabur-pelabur yang ingin mendapatkan pulangan pertumbuhan.

    Sementara itu, Signature CIO Balanced Fund merupakan dana yang seimbang antara ekuiti dan pendapatan tetap yang menghasilkan pertumbuhan sederhana dari semasa ke semasa.

    Signature CIO Conservative Funds pula mempunyai tumpuan lebih tinggi dalam pendapatan tetap dan aset tunai, dana itu menyediakan risiko lebih rendah kepada pulangan profil menyediakan daya tahan yang lebih tinggi dalam kemerosotan sambil menghasilkan pertumbuhan modal sederhana.

    Disokong oleh pandangan dan kepakaran Pejabat Ketua Pelaburan StanChart dalam pemilihan dana dan ETF, dana-dana berkenaan telah dibangunkan dengan teliti dan dinasihatkan oleh kumpulan pakar mereka.

    Ketua Pegawai Eksekutif SCS dan Ketua Perbankan Perniagaan dan Pengguna Swasta, Bank StanChart, Brenda Low berkata Dana Signature CIO merupakan tambahan yang amat baik dalam barisan produk pelaburan dan keupayaan ekstensif yang terdapat bagi para pelanggan mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...