Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    SCSB terima anugerah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Standard Chartered Securities (B) Sdn Bhd (SCSB), selaku penyedia terkemuka bagi penyelesaian pengurusan harta, telah menerima Anugerah Pengurus Harta Terbaik dalam Digital CX, dan Anugerah Transformasi Cemerlang dalam Digital CX daripada Wealth Manager yang disampaikan oleh The Digital Banker.
     
    SCSB dalam siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, penghargaan itu menekankan tentang komitmen SCSB untuk menyampaikan perkhidmatan digital yang luar biasa dan penyelesaian inovatif kepada pelanggannya.
     
    Anugerah tersebut menyaksikan kecemerlangan SCSB dalam mencipta pengalaman digital yang lancar dan menarik untuk pelanggannya. 
     
    Pengiktirafan tersebut berdasarkan platform digital mesra pengguna SCSB, interaksi pelanggan yang diperibadikan dan teknologi yang meningkatkan keseluruhan perjalanan pelanggan dalam pengurusan harta.
     
    Platform digital SCSB menawarkan pelbagai ciri dan keupayaan yang direka untuk memudahkan dan meningkatkan proses pengurusan harta termasuk SC Wealth Select, Portfolio Pelaburan dalam Talian, SC Money Insight dan lainnya.
     
    Anugerah berkenaan merupakan peristiwa penting bagi SCSB kerana ia terus menerajui transformasi digital dalam ruang pengurusan harta di pasaran.
     
    Di samping itu, ia turut mengesahkan semula misi syarikat tersebut untuk memperkasakan pelanggan dengan alatan dan sumber yang mereka perlukan bagi mencapai matlamat kewangan mereka dalam dunia yang semakin digital.
     
    Warga SCSB bergambar ramai bersama anugerah yang telah diterima. – GAMBAR SERAHAN SCB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda