Oleh Normazlina M.D
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Kira-kira 70 orang pegawai dan kakitangan SC Tubular Solution (B) Sdn Bhd (SCTSB) bersama ahli keluarga menyertai ‘SCTSB Aidilfitri Team Building’ di Pantai Muara, kelmarin. Turut hadir di acara tersebut ialah Pengurus Besar SCTSB, Stuart M’Cartney dan Pengarah Urusan Rayyan Events Management and Services, Awang Muhammad Firdaus bin Haji Ibrahim.
Acara turut dimeriahkan lagi dengan berbagai-bagai aktiviti menarik bagi ahli-ahli SCTSB dan ahli keluarga.
Antara aktiviti dijalankan ‘Meet and Greet’, Permainan Tarik Kalat, Fleksibiliti, Perlawanan Kaki Tiga, cabutan bertuah dan seterusnya mengadakan kempen kebersihan di sekitar pantai berkenaan.
Acara itu pertama kali dianjurkan oleh SCTSB dan dikendalikan oleh Rayyan Events Management and Services, dengan tujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim kalangan ahli mereka dan berpeluang bergembira bersama keluarga dan seterusnya meraikan salah seorang kakitangan SCTSB yang menamatkan perkhidmatannya.
Selain itu, majlis juga mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Raya walaupun ia sudah berlalu dan seterusnya mengadakan kempen kebersihan di sekitar pantai yang mana bertujuan bagi memupuk sikap menjaga kebersihan pantai.


