Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    SE anjur bengkel teknikal inovasi DCIM

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Schneider Electric (SE), syarikat terkemuka yang menyediakan transformasi digital dalam pengurusan tenaga dan automasi telah menganjurkan bengkel teknikal berhubung inovasi terkini dalam pengurusan infrastruktur pusat data (DCIM) dan sistem penyejukan secara optimum yang mengeksploitasi pembangunan terkini dalam arkitektur berasaskan awan, Internet of Things (IoT) dan analitis data.

    Bengkel yang berlangsung petang tadi di Bangunan D’Anggerek, Kampung Anggerek Desa itu telah dihadiri oleh para pelanggan Schneider dan jemputan khas yang berkongsi mengenai penyelesaian DCIM terkini dari SE yang mana pengurus-pengurus pusat data boleh mendapatkan wawasan proaktif mengenai aset-aset kritikal yang memberi kesan kepada kesihatan dan ketersediaan persekitaran IT dengan berkebolehan memberi cadangan secara langsung dalam mengoptimumkan prestasi infrastruktur dan mengurangkan risiko.

    Dalam bengkel itu, Pengurus Besar SE Cawangan Brunei, Rehan Fatmi memberitahu kepada para peserta bahawa “Perubahan dalam dunia lebih ketara daripada sebelum ini. Teknologi terbaru membolehkan menyalurkan dan menyambung tenaga buat kali pertama, mencabar kita untuk mentafsir semula cara hidup kita.

    “Untuk mengubahnya, kami menghasilkan teknologi yang mentransformasikan tempat kita tinggal, kerja dan bermain. Dengan falsafah reka bentuk pintar, kami menyalurkan penyelesaian yang mengintegrasikan dengan lancar terhadap persekitaran kita, membantu irama kehidupan kita dan memberi lebih kuasa kepada kita,” ujar Rehan Fatmi lagi.

    Para pelanggan dan jemputan khas Schneider menghadiri bengkel mengenai DCIM berlangsung di Bangunan D’Anggerek, Kampung Anggerek Desa.
    Rehan Fatmi ketika menjelaskan mengenai aset-aset SE yang boleh diakses menerusi telefon pintar, maklumat peranti dan pengumpulan data yang ditawarkan oleh syarikat itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda