Thursday, September 19, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    SEAMEO EXCO adakan mesyuarat atas talian

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Mesyuarat Komiti Eksekutif Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO EXCO) telah diadakan secara dalam talian baru-baru ini.

    Delegasi dari Negara Brunei Darussalam diwakili Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin.

    SEAMEO EXCO yang diadakan setiap tahun itu menghimpunkan pegawai-pegawai kanan SEAMEO EXCO bagi memberikan nasihat mengenai teras dan usaha unit-unit SEAMEO, menetapkan hala tuju dan mengemukakan cadangan terhadap pentadbiran Sekretariat SEAMEO serta perkembangan keseluruhan pusat-pusat serantau SEAMEO.

    Mesyuarat tahun ini dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kurikulum dan Pengajaran, Jabatan Pendidikan, Republik Filipina, Dr Gina O Gonong.

    Antara perkara yang dibincangkan termasuk laporan mengenai rancangan kerja Sekretariat SEAMEO, rangka kerja hasil serta cadangan dan laporan projek serta program di bawah SEAMEO.

    Selain itu, mesyuarat juga telah bersetuju bagi mengesahkan beberapa cadangan untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan SEAMEO kali ke-47, yang dijadualkan berlangsung pada bulan November 2024.

    Turut hadir pada mesyuarat itu ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.

    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati semasa menyertai mesyuarat SEAMEO EXCO dalam talian.
    Gambar ramai Shamsiah Zuraini Kanchanawati bersama ahli mesyuarat. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda