Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    SEAMEO VOCTECH, AFWC meterai MoU

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – SEAMEO VOCTECH dan Majlis Tenaga Kerja Masa Depan ASEAN (AFWC) hari ini telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang berlangsung di Dewan Seri Kerna, SEAMEO VOCTECH.

    Majlis berkenaan diselajurkan dengan Sesi Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) untuk Projek Penyelidikan yang bertajuk ‘Kesediaan Institusi TVET untuk IR 4.0 di Asia Tenggara’.

    Hadir bagi menyaksikan penandatanganan selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ir Awang Mohammad Nazri bin Mohammad Yusof.

    Turut menyaksikan penandatanganan itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Chin Wei Keh.

    SEAMEO VOCTECH diwakili oleh Pengarah SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar manakala AFWC diwakili oleh Pengerusi AFWC, Dato’ Palaniappan Joseph.

    Ir Awang Mohammad Nazri, Dr Chin Wei Keh, Awang Alias dan Dato’ Palaniappan Joseph bergambar ramai pada majlis itu.

    Ir Awang Mohammad Nazri dalam ucapan di majlis itu menjelaskan, kemunculan teknologi digital dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah mengakibatkan perubahan dramatik dalam cara pekerjaan dan cara melakukan kerja.

    Beliau turut mengongsikan dapatan kajian bersama oleh Oxford Economics dan CISCO, dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, peningkatan penggunaan teknologi digital yang menganggarkan 6.6 juta pekerja di ASEAN untuk menyesuaikan kemahiran mereka dan menjalin laluan kerjaya baharu untuk kekal bekerja secara produktif.

    Disebabkan itu, tambahnya adalah lebih penting bagi sektor swasta dan penyedia pendidikan, termasuk penyedia TVET, untuk bekerjasama rapat.

    “Kerjasama itu adalah kunci untuk memperoleh tenaga kerja yang berkualiti, kerana ia membolehkan pelatih memperoleh kemahiran yang diperlukan dan mengurangkan kemungkinan ketidakpadanan kelayakan berlaku.

    “Brunei sendiri juga sedang berusaha ke arah memperkukuh usaha pendigitalan melalui pelaksanaan Pelan Induk Ekonomi Digital 2025,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda