Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    SEAMEO VOCTECH anjur aktiviti berkebajikan sempena Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, melalui ahli jawatankuasa Musala Ar-Raudah, juga tidak ketinggalan membuat aktiviti berkebajikan di bulan Ramadan seperti sembahyang fardu Zohor berjemaah, tadarus Al-Quran dan membersihkan tanah perkuburan mantan kakitangan pusat itu yang telah kembali ke rahmatullah.

    Manakala itu, kelmarin, pusat berkenaan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan dan menandakan telah tamat pembacaan 30 juz Al-Quran.

    Hadir pada majlis itu ialah Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar yang turut memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.

    Turut hadir ialah timbalan-timbalan pengarah, pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH serta anak-anak yatim yang diraikan.

    Majlis juga diselajurkan dengan acara bersungkai, solat Maghrib berjemaah dan penyampaian derma hasil kutipan daripada warga SEAMEO VOCTECH kepada anak-anak yatim iaitu anak-anak mantan warga Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH yang telah kembali ke rahmatullah.

    Majlis berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan Projek SEAMEO VOCTECH.

    Awang Alias ketika menghadiri majlis tersebut di SEAMEO VOCTECH, Gadong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda