Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sean Combs kekal dalam tahanan hingga Oktober

    Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Sean ‘Diddy’ Combs, akan kekal dalam tahanan sehingga tarikh hukuman pada awal Oktober selepas seorang hakim di New York menolak permohonan jaminan beliau, lapor media AS pada Isnin, menurut agensi berita Jerman (dpa).

    Peguam Combs sebelum ini memohon pembebasannya dari Pusat Tahanan Metropolitan di Brooklyn minggu lepas dengan hujah yang anak guam mereka tidak berisiko melarikan diri atau mengancam keselamatan awam.

    Mereka turut menawarkan pakej jaminan berjumlah AS$50 juta, yang membolehkan dia menunggu tarikh hukuman di bawah tahanan rumah. Permohonan serupa bagaimanapun pernah ditolak sebelum ini.

    Combs, 55, didapati bersalah bagi sebahagian tuduhan pada awal Julai dalam satu perbicaraan berprofil tinggi, selepas ditahan pada September tahun lepas atas beberapa pertuduhan kesalahan seksual. Juri hanya mensabitkannya atas pertuduhan berkaitan pelacuran dan dia dibebaskan daripada pertuduhan yang lebih berat.

    Combs kini berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dengan tarikh hukuman ditetapkan pada 3 Oktober. Jika disabitkan atas semua pertuduhan asal, beliau boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup. – Bernama

    Combs berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dengan tarikh hukuman ditetapkan pada 3 Oktober. – fortune
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda