Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Search jenama patut dihormati

    Pemain bass Search iaitu Nasir Daud menegaskan tidak ada keperluan untuk nama kumpulan itu digunakan bekas anggotanya.

    Menurut Nasir, 65, cadangan peminat itu tidak seharusnya diambil perhatian kerana menyifatkan nama Search itu patut dihormati.

    Katanya lagi, jika Search ingin mencari pelapis bagi meneruskan legasi kumpulan itu suatu hari nanti mereka boleh lakukan sendiri.

    “Saya rasa cadangan itu tidak perlu diberi perhatian kerana perkara ini tidak pernah berlaku. Saya rasa di Malaysia ini banyak melakukan perkara yang pelik-pelik.

    “Jadi kita lupakan sahajalah. Saya rasa tak sesuai untuk menggunakan nama Search.

    “Kalau Search nak groom (latih) generasi kami, kita akan pilih bakat baharu yang mana mereka boleh meneruskan legasi Search,” katanya kepada mStar.

    Nasir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Search Symphonic Live in Kuala Lumpur yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Damansara pada Khamis.

    Dalam pada itu, Nasir memberitahu Search bukan satu jenama yang sewenangnya untuk digunakan, malah kumpulan itu adalah satu institusi yang sepatutnya mendapat penghormatan.

    Kata Nasir, mereka mahu mengambil pendekatan yang lebih baik dengan membuat lawatan ke institusi pengajian bagi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang muzik. – Agensi

    Search bakal beraksi di Konsert Search Symphonic Live in Kuala Lumpur pada September depan. – Agensi

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda