Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan – Restoran Seasons kini menawarkan promosi ‘Pasta Mini Buffet’ yang boleh didapati setiap hari Isnin sehingga Khamis yang mana promosi tersebut akan diadakan sehingga 31 Januari ini di restoran berkenaan.
Promosi bufet dari jam 11 pagi sehingga 2 petang itu akan menyajikan pelbagai pilihan makanan pasta dengan sos seperti Pomodoro, Carbonara, Bolognaise dan Marinara.
Para pelanggan juga boleh menikmati hidangan pencuci mulut dengan promosi ini seperti Bread and Butter Pudding, pelbagai pilihan kek dan juga buah-buahan.
Promosi ini turut menyediakan minuman panas kopi atau teh serta teh ais lemon.

