Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seattle buru gelaran CONCACAF

    MEXICO, 27 APRIL – Pasukan Seattle Sounders sedang berhasrat menamatkan lebih dua dekad usaha sia-sia hari ini apabila mereka menentang Pumas UNAM dari Mexico dalam aksi pertama final Liga Juara-juara CONCACAF.

    Sounders membida untuk menjadi pasukan Liga Utama Bolasepak (MLS) pertama yang dinobatkan sebagai juara benua sejak Los Angeles Galaxy menjulang gelaran tersebut pada tahun 2000.

    Tiada pasukan MLS telah memenangi kejohanan berkenaan sejak ia diubahsuai pada 2008 sebagai Liga Juara-juara CONCACAF, di samping Liga Juara-Juara UEFA.

    Sejak kemenangan Galaxy 22 tahun yang lalu, saingan teratas untuk pasukan dari Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean telah dianggap sebagai wilayah yang hampir eksklusif untuk pasukan dari Mexico.

    Gambar fail menunjukkan reaksi pemain Seattle Sounders selepas seri 1-1 menentang New York City FC, 13 April 2022. – AP

    Pasukan Pumas akan menjadi pasukan Mexico ke-17 berturut-turut menjulang kejuaraan jika mereka menggagalkan cita-cita Seattle pada tahun ini.

    Walaupun dengan rekod dominasi Mexico tersebut, Sounders memulakan perlawanan akhir pada tahun ini sebagai pasukan pilihan ramai.

    Seattle telah pun mengambil kira satu kelab Mexico dalam kempen mereka ke final, menewaskan Leon 4-1 secara agregat pada suku akhir sebelum menewaskan New York City dalam empat perlawanan terakhir.

    Sounders juga mempunyai kelebihan bermain perlawanan kedua pada 4 Mei nanti di laman sendiri, di mana mereka mempunyai rekod 100 peratus dalam kejohanan tahun ini.

    Lagerwey berkata bahawa kemenangan Seattle akan menjadi pencapaian terbesar dalam sejarah kelab.

    “Ia pastinya kejohanan yang paling sukar untuk dimenangi, jika awda memikirkan apa yang perlu dicapai hanya untuk melayakkan diri ke kejohanan berkenaan dan kemudian proses yang perlu awda lalui iaitu bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan, begitu banyak perjalanan yang dilakukan, bermula awal musim ini, segala kesukaran yang dihadapi, tidak ada tahap kesukaran yang lebih besar berbanding memenangi kejohanan ini,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda