Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Sebagai lambang taat setia kepada raja, tiga mukim hari ini telah mengadakan upacara menaikkan bendera kebangsaan dan Doa Kesyukuran bagi peringkat Zon 3 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77.
Majlis yang berlangsung di kediaman Ketua Kampung Menunggol, Haji Ibrahim bin Haji Osman itu telah dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.
Turut hadir ialah pemangku penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan pemangku ketua-ketua kampung dari Mukim Kota Batu, Mukim Mentiri dan Mukim Serasa Zon 3.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan upacara menaikkan bendera dan Doa Selamat.