Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebahagian jalan berhampiran SR OKSB Kilanas ditutup sementara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Kerja-kerja pembinaan jejantas pejalan kaki di Jalan Tutong iaitu berdekatan dengan Sekolah Rendah Orang Kaya Setia Bakti Kilanas akan bermula esok, 13 hingga 30 September.

    Berikutan dengan kerja-kerja itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai, penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Tutong akan bermula dari pukul 8 pagi hingga kerja-kerja selesai dan ini tertakluk kepada keadaan cuaca,

    Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Gambar menunjukkan lokasi kerja penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Tutong. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda