Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataannya memaklumkan penutupan sementara sebahagian jalan di empat buah lokasi di Daerah Brunei dan Muara.
Penutupan sementara akan berlaku di Lampu Isyarat Jalan Pasir Berakas bermula hari ini hingga 2 September dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, disebabkan kerja-kerja pembaikan jalan.
Lokasi kedua adalah di Jalan Kota Batu yang mana penutupan adalah bagi memberi ruang kepada Jabatan Perkhidmatan Elektrik membuat kerja-kerja pemasangan kabel elektrik bawah tanah bermula esok hingga 28 Ogos.
Lokasi penutupan lain adalah di Lampu Isyarat J22 iaitu Jalan Tutong/Jalan Bengkurong Masin dan di Lampu Isyarat J44 iaitu Jalan Utama Berakas/Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah, yang juga bermula esok hingga 28 Ogos.
Penutupan tersebut adalah disebabkan kerja-kerja pembaikan loop sensor dan kerja pembaikan akan berlangsung dari jam 11 pagi hingga 4 petang, tertakluk kepada keadaan cuaca.


