Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebahagian jalan di Jalan Kota Batu ditutup sementara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Kota Batu berdekatan Simpang 777 Kampung Serdang, bermula esok pada pukul 8 pagi sehingga kerja-kerja selesai dijalankan.

    Kenyataan menyatakan lanjut bahawa penutupan tersebut adalah diperlukan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan berlubang di jalan berkenaan.

    Sehubungan itu, JKR mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

    Peta menunjukkan sebahagian jalan di Jalan Kota Batu berdekatan Simpang 777 Kampung Serdang akan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan jalan berlubang. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda