Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebahagian jalan di Spg 691, Bunut akan ditutup sementara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Simpang 691, Jalan Tutong bermula 27 Disember hingga 29 Disember dari pukul 7:00 pagi sehingga kerja-kerja selesai. 

    JKR menyatakan bahawa penutup sementara sebahagian jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja merobohkan struktur iaitu UNN Legacy Structure, untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda