Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara sebahagian jalan jambatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Sebahagian jalan di jambatan merentasi Sungai Temburong, Pekan Bangar ditutup sementara bermula hari ini hingga 30 September dari pukul 8 pagi hingga kerja-kerja selesai dan ini tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Jabatan Kerja Raya dalam siaran akhbar memaklumkan, penutupan tersebut adalah disebabkan oleh kerja-kerja konkrit bagi pembinaan fender jambatan berkenaan.

    Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Gambar menunjukkan lokasi kerja dilaksanakan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda