Wednesday, September 18, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebahagian jambatan runtuh di Dresden

    FRANKFURT, 11 SEPT – Sebuah jambatan runtuh sebahagiannya di bandar Dresden di timur Jerman, kata pihak berkuasa hari ini, sambil menambah bahawa tiada siapa yang cedera tetapi terdapat risiko bahagian lain juga akan runtuh.

    Bahagian Jambatan Carola sepanjang kira-kira 100 meter, yang menghubungkan bandar lama bersejarah Dresden ke kawasan lain di bandar itu, terjatuh ke dalam Sungai Elbe sekitar 3:00 pagi, kata pasukan bomba Dresden. Seluruh kawasan sekitar jambatan telah ditutup.

    Penduduk digesa menjauhkan diri di tengah-tengah kebimbangan bahagian lain jambatan itu mungkin runtuh.

    “Masih timbulnya risiko besar kepada nyawa dan risiko keruntuhan seterusnya,” kata jurucakap bomba, Michael Klahre dalam mesej video di saluran media sosial.

    Tiada sesiapa yang berada di atas atau di bawah jambatan semasa runtuhan itu.

    “Kami sangat lega kerana tiada siapa yang cedera,” kata Barbara Knifka, jurucakap pihak berkuasa bandar Dresden, kepada akhbar Bild.

    Punca runtuhan masih tidak diketahui. – AFP

    Jambatan Carola (Carolabruecke) yang sebahagiannya runtuh di Sungai Elbe. Kelihatan orang ramai berdiri di atas pasir untuk menyaksikannya di pusat bandar Dresden, Saxony, timur Jerman, pada 11 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda