Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebahagian jet pejuang F35 ditemui

    TOKYO, 7 Mei – Jepun berkata hari ini telah menemui sebahagian daripada serpihan daripada jet pejuang pengintip yang terhempas pada April, tetapi masih mencari memori ‘amat penting’ yang mungkin menawarkan petunjuk ke dalam kemalangan yang berlaku.

    Hampir sebulan selepas jet canggih F-35A terhempas ke dalam laut di luar pantai timur laut Jepun, mayat juruterbang mahupun badan kapal terbang masih belum ditemui, kata Menteri Pertahanan Takeshi Iwaya.

    Pakar berkata Jepun dan AS berminat untuk mengelak serpihan kapal terbang daripada ditemui oleh Rusia atau China, dengan Iwaya mengaku pada bulan lalu terdapat ‘banyak rahsia yang perlu dilindungi’ dalam kapal terbang berkenaan.

    Beberapa serpihan, termasuk sebahagian perakam data penerbangan, ditemui “pada atau selepas 3 Mei,” kata Iwaya, yang menambah,”Kementerian Pertahanan sedang mengkaji serpihan berkenaan, tetapi pada masa ini, memori penting perakam data penerbangan masih belum ditemui.”

    Jet pejuang itu hilang pada 9 April ketika terbang 135 kilometer dari timur Misawa, timur laut Jepun untuk misi latihan.

    Kapal terbang itu terputus hubungan kira-kira 30 minit selepas berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Misawa bersama tiga pesawat udara lain.

    Ia merupakan kes nahas pertama F-35A yang dilaporkan, menurut Anggota Pertahanan Diri Tentera Udara Jepun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda